Wednesday, April 4, 2012

Pemanasan Global dan Penggunaan Barang Cekap Tenaga

Agak-agak korang semua apa kaitan antara dua perkara ni????
Biasanya bila kita cakap pasal penggunaan barang cekap tenaga mesti ada yang fikir hanya untuk penjimatan bayar bil. Sebenarnya, barang cekap tenaga ni salah satu penyumbang kepada pengurangan pemanasan global. Kenapa pula macam tu??.. Sebabnya, kita menggunakan bahan api fosil untuk menghasilkan tenaga. Pembakaran bahan api fosil ni boleh meningkatkan kadar pelepasan gas rumah hijau. Haa, kan ada kaitan nya antara gas rumah hijau dengan pemanasan global.

Macam mana pula nak jadikan barang tu cekap tenaga??..

Mudah je..
Jom kita tinjau:

1. Memastikan semua lampu yang tidak digunakan dipadam. Contoh, memadam lampu

bilik air selepas menggunakannya.

2. Jangan biarkan dalam peralatan elektrik dalam keadaan mode 'standby'. Tutup suis jika
tidak digunakan.

3. Guna kipas angin di rumah dan gunakan penyaman udara jika cuaca terlalu panas.

4. Mengurangkan penggunaan mentol  yang bersaiz kecil tetapi banyak kepada satu
mentol lampu yang besar untuk lebih pengcahayaan.

5. Didik ahli keluarga untuk menutup suis lampu,kipas atau peralatan lain jika hendak
meninggalkan ruang atau bilik.

6. Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja.

7. Basuh pakaian dengan muatan tidak terlalu penuh dan jangan melebihi muatan kerana
mengakibatkan penggunaan elektrik yang tinggi.

8. Tutup pintu peti sejuk rapat setelah menggunakannya.

9. Menggunakan peralatan elektrik cekap tenaga bagi menjimatkan penggunaan elektrik

10. Penuhkan penyejuk beku untuk menggurangkan penggunaan tenaga. Jika kosong,
isikan dengan kuib ais supaya tenaga tidak dibazirkan.

11. Tidak menyimpan makanan atau minuman panas atau yang baru dimasak dalam peti
sejuk.

Mari kita amalkan dan sama-sama kita menjaga kelestarian alam sekitar kita..

No comments:

Post a Comment