Thursday, April 5, 2012

BOLEH KE EX-BF KITA JADI KAWAN BAIK KITA??

"KENAPA PUTUS??
TAKDE JODOH KE??"

Aku rasa tu bukan isu besar. Biasa la bagi sesetengah remaja yang sedang meningkat dewasa, ber'couple' dan bercinta macam dah jadi adat. Kalau kita survey pon, budak-budak yang masih di bangku sekolah pon dah bercinta. Perlu ke??..

Berbalik pada topik aku yang kat atas tu, rasa-rasa boleh ke ex-bf kita jadi kawan baik kita??.. Sebenarnya semua tu bergantung pada diri kita. Ada orang yang boleh terima kenyataan takde jodoh tapi tidak bagi sebilangan yang lain. Yang penting hati. Memang lah sakit kan putus cinta tapi hakikatnya dah tersurat dan tersirat dia memang bukan milik kita.. So, tak perlu lah kan nak merayu-rayu bagai..hehe

Boleh je ex-bf kita tu jadi kawan baik kita. Bukan sebab nak bercinta balik tapi sekurang-kurangnya kita ada teman untuk bercerita. Mungkin dulu kita dah terbiasa cerita kisah hidup kita pada dia. Boleh je kalau nak dia masih jadi pendengar setia macam dulu. Yang penting hati tu kena lah kuat kan jangan sampai tergelincir semula..

Apa-apa pon, kita dah cuba buat yang terbaik dalam hubungan kita. Kalau tak menjadi juga, adalah silapnya kat mana-mana. Tak perlu kot nak menyesali apa yang dah berlaku. Lebih baik kita amibil yang positif dan cuba ubah apa yang masih kurang dalam diri kita. Ex-bf kita tu bukan sapa-sapa pon, so tak perlu lah nak bersedih dan bermusuh dengan diorang.. (",)




Wednesday, April 4, 2012

Pemanasan Global dan Penggunaan Barang Cekap Tenaga

Agak-agak korang semua apa kaitan antara dua perkara ni????
Biasanya bila kita cakap pasal penggunaan barang cekap tenaga mesti ada yang fikir hanya untuk penjimatan bayar bil. Sebenarnya, barang cekap tenaga ni salah satu penyumbang kepada pengurangan pemanasan global. Kenapa pula macam tu??.. Sebabnya, kita menggunakan bahan api fosil untuk menghasilkan tenaga. Pembakaran bahan api fosil ni boleh meningkatkan kadar pelepasan gas rumah hijau. Haa, kan ada kaitan nya antara gas rumah hijau dengan pemanasan global.

Macam mana pula nak jadikan barang tu cekap tenaga??..

Mudah je..
Jom kita tinjau:

1. Memastikan semua lampu yang tidak digunakan dipadam. Contoh, memadam lampu

bilik air selepas menggunakannya.

2. Jangan biarkan dalam peralatan elektrik dalam keadaan mode 'standby'. Tutup suis jika
tidak digunakan.

3. Guna kipas angin di rumah dan gunakan penyaman udara jika cuaca terlalu panas.

4. Mengurangkan penggunaan mentol  yang bersaiz kecil tetapi banyak kepada satu
mentol lampu yang besar untuk lebih pengcahayaan.

5. Didik ahli keluarga untuk menutup suis lampu,kipas atau peralatan lain jika hendak
meninggalkan ruang atau bilik.

6. Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja.

7. Basuh pakaian dengan muatan tidak terlalu penuh dan jangan melebihi muatan kerana
mengakibatkan penggunaan elektrik yang tinggi.

8. Tutup pintu peti sejuk rapat setelah menggunakannya.

9. Menggunakan peralatan elektrik cekap tenaga bagi menjimatkan penggunaan elektrik

10. Penuhkan penyejuk beku untuk menggurangkan penggunaan tenaga. Jika kosong,
isikan dengan kuib ais supaya tenaga tidak dibazirkan.

11. Tidak menyimpan makanan atau minuman panas atau yang baru dimasak dalam peti
sejuk.

Mari kita amalkan dan sama-sama kita menjaga kelestarian alam sekitar kita..