Monday, May 2, 2011

Semalam, hari ini dan esok...


"semalam adalah kenangan"
"hari ini adalah kenyataan"
"esok adalah suatu permulaan"

btol ke??..suke2 aku je kan..hehe..bia la ape yg org nak cakap, yg penting kita hepi dengan apa yg kita buat..xkisah la apa yg kita buat tu btol atau salah..ye x??..pandai2 je ckp...nta btol nta tidak..huhuhu

dalam idop ni kn, yg mana satu org plg ske??..adakah SEMALAM?? atau HARI INI?? mahupon ESOK??

jika pilihan ni diberi pada aku, sudah tentu aku xkan pilih SEMALAM...mengapa?? adakah wujud satu kisah silam di situ??..

setiap org, mesti punya ceritera tersendiri dan sebab itu lah aku xnak la ingat pada hari-hari semalam kerana hari-hari semalam bisa membuat jantung aku berdebar dengan lebih kencang..ecececehh..nampak sgt la aku penakot kan...bukan macam tu, xsemua org punya kisah semalam yg menceriakan..dan bagi aku, kisah semalam tu la yg membuatkan aku jadi gerun nak mneghadapi kenyataan hari ini..gerun sbb tkot kenangan semalam berlaku lagi pada hari ini...

apa-apa pon semuanya terletak pada individu itu sendiri..ye x??..kita hanya merancang dan tuhan lah yg menentukan segalanya....(*_*)

Mengapa aku begini??

Bila kita lihat seseorang tu bergembira, adakah kita yakin bahawa dia benar-benar gembira?? Adakah kita tahu apa yang dirasa?? Disebalik wajah yang penuh keceriaan dan kegembiraan, kita langsung tidak terlihat riak sedih disebalik wajah iut. Mengapa?? Kita selalu cemburu pabila melihat mereka sering tersenyum dan ketawa tetapi tidakkah kita sedar derita disebaliknya. Seharusnya kita melihat pada diri kita, adakah kita juga sama seperti mereka yang hanya berpura-pura dengan menutup kesedihan diri kita. Ya, memang manusia tidak akan terlihat derita dirinya dan derita orang-orang disekelilingnya. Namun, kita janganlah terlupa atau buat-buat lupa lah kan bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh Dia. 


Dalam hidup yang penuh dengan liku ini, kita seharusnya sabar dan tabah untuk menghadapinya. Bukan sekadar menerima takdir tuhan yang telah ditetapkan untuk kita tetapi kita cuba untuk bersyukur kerana setiap hadiah daripada-Nya merupakan satu yang nikmat yang tidak ternilai. pabila kita dilanda musibah dan juga pabila kita berasa gembira, kita sering melupakan-Nya sedangkan Dialah yang memberi kita musibah dan kegembiraan itu. Mengapa kita begini???