Monday, May 2, 2011

Mengapa aku begini??

Bila kita lihat seseorang tu bergembira, adakah kita yakin bahawa dia benar-benar gembira?? Adakah kita tahu apa yang dirasa?? Disebalik wajah yang penuh keceriaan dan kegembiraan, kita langsung tidak terlihat riak sedih disebalik wajah iut. Mengapa?? Kita selalu cemburu pabila melihat mereka sering tersenyum dan ketawa tetapi tidakkah kita sedar derita disebaliknya. Seharusnya kita melihat pada diri kita, adakah kita juga sama seperti mereka yang hanya berpura-pura dengan menutup kesedihan diri kita. Ya, memang manusia tidak akan terlihat derita dirinya dan derita orang-orang disekelilingnya. Namun, kita janganlah terlupa atau buat-buat lupa lah kan bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh Dia. 


Dalam hidup yang penuh dengan liku ini, kita seharusnya sabar dan tabah untuk menghadapinya. Bukan sekadar menerima takdir tuhan yang telah ditetapkan untuk kita tetapi kita cuba untuk bersyukur kerana setiap hadiah daripada-Nya merupakan satu yang nikmat yang tidak ternilai. pabila kita dilanda musibah dan juga pabila kita berasa gembira, kita sering melupakan-Nya sedangkan Dialah yang memberi kita musibah dan kegembiraan itu. Mengapa kita begini???

No comments:

Post a Comment